arrow  PRIVACY

   

Notis Maklumat Peribadi / Personal Information Notice

1. Polisi Am / General Policy

MACP sentiasa berusaha untuk melindungi maklumat peribadi anda mengikut undang-undang perlindungan data peribadi Malaysia.

MACP is committed to protecting your personal information in accordance with Malaysian privacy laws.

Tujuan Notis Maklumat Peribadi ini adalah untuk mendapatkan perhatian anda terhadap tataamalan dan polisi-polisi MACP berkenaan dengan pengumpulan, pemprosesan dan pendedahan maklumat peribadi.

The purpose of this Personal Information Notice is to bring to your attention MACP’s practices and policies relating to the collection, processing and disclosure of personal information.

Maklumat peribadi yang diproses oleh MACP adalah maklumat yang diperolehi daripada anda, sumber maklumat pihak ketiga, atau maklumat yang telah diperolehi apabila melayari laman web MACP dan di dalam urusan anda bersama MACP.

The personal information that MACP processes is sourced from information provided by you, third party information sources, or information otherwise generated upon your access to MACP’s website and in the course of your dealings with MACP.

2. Sumber Maklumat / Source of Information

Secara khususnya, anda mungkin dikehendaki untuk memberikan maklumat yang relevan kepada urusan anda bersama MACP, termasuk tetapi tidak terhad kepada, nama anda, alamat, nombor-nombor telefon dan faks, alamat emel, nombor kad pengenalan, maklumat syarikat anda, maklumat akaun bank dan sebagainya.

Specifically, you may be asked to provide information relevant to your dealings with MACP, including but not limited to, your name, address, telephone numbers, e-mail address, NRIC, your company information, bank account information etc.

3. Penggunaan Maklumat Peribadi / Usage of Your Personal Data

3.1 MACP mengumpul, memproses dan menyimpan maklumat peribadi ini untuk fungsi-fungsi yang sah berkaitan dengan perkara-perkara persatuan, termasuk tetapi tidak terhad
      kepada:

  • mengendalikan pertanyaan dan permintaan anda;
  • menguruskan rekod pemegang lesen kami;
  • menyimpan informasi sebagai kaedah rujukan atau sumber am;
  • menghubungi anda melalui emel atau pos dengan informasi berkaitan dengan lesen;
  • berkongsi informasi dengan pembekal pihak ketiga yang menawarkan perkhidmatan yang dikontrakkan oleh MACP; dan
  • bagi lain-lain tujuan seperti yang dikehendaki di bawah undang-undang.

     MACP collects, processes and retains this personal information for its legitimate functions related to its articles of association, including but not limited to:

  • dealing with your enquiries and requests;
  • administering member and licensee records;
  • maintaining information as a reference tool or general resource;
  • contacting you by email and post with information about our licences and membership related-services;
  • sharing your information with third party suppliers who offer services that MACP contract for; and
  • for such other purposes as may be required by law.

3.2 MACP mungkin juga mendedahkan maklumat peribadi ini kepada:

  • badan yang berkaitan dengan MACP;
  • pertubuhan luar negara yang menguruskan hak persembahan awam karya muzik dan mempunyai perjanjian timbal-balik bersama MACP;
  • penasihat pakar yang telah dilantik oleh MACP di dalam bidang undang-undang, pengurusan, kewangan, penyelidikan atau lain-lain perkhidmatan;
  • badan kerajaan, agensi penguatkuasaan undang-undang; dan/atau
  • pembekal MACP yang terlibat di dalam menawarkan perkhidmatan yang telah dikontrakkan.

     MACP may also disclose this personal information to:

  • our related entities;
  • overseas collecting societies that administers the performing right in musical works and that have reciprocal agreement with MACP;
  • expert advisers to MACP who have been engaged to provide MACP with legal, administrative, financial, research or other services;
  • government bodies, law enforcement agencies; and/or
  • MACP’s suppliers who are involved in the services contracted for.

3.3 MACP mungkin menjalankan semakan kredit/rujukan perniagaan dengan agensi pelaporan kredit berdasarkan kepada Akta Agensi Pelaporan Kredit 2010 ke atas anda jika kami
      mempunyai perhubungan perniagaan bersama anda atau terdapat hutang yang belum dilangsaikan oleh anda, di mana:

  • Pemilik tunggal, ahli perkongsian, pengarah syarikat dan/atau pemegang syer (“Pihak-pihak tersebut”) berkemungkinan akan melalui proses pembukaan akaun, penyemakan kredit/akaun, mendapat kembali hutang, pemantauan kredit/akaun dan penilaian kredit/akaun;
  • MACP boleh mendedahkan maklumat mengenai akaun Pihak-pihak tersebut dengan MACP, kepada entiti perniagaan lain untuk pemeriksaan perniagaan bona fide pada bila-bila masa. Pihak-pihak tersebut sedar dan faham bahawa maklumat tersebut akan diberikan kepada agensi pelaporan kredit, yang mungkin berkongsikan maklumat berkenaan kepada pelanggan perkhidmatan mereka yang lain;
  • jika MACP memerlukan maklumat anda diproseskan oleh mana-mana pusat pemprosesan informasi di luar Negara, Pihak-pihak tersebut dengan ini memberikan kebenaran untuk agensi pelaporan kredit untuk mendedahkan laporan kredit mereka ke luar Malaysia.

Untuk maklumat selanjutnya, sila rujuk di bahagian Notis Pelaporan Kredit di bawah.

     MACP may conduct credit/trade checks with any credit reporting agency/ies pursuant to the Credit Reporting Agencies Act 2010 on you if we have a trade relationship with you or
     where any dues remain unpaid and outstanding by you, wherein:

  • sole proprietors, partners, company director(s) and/or shareholder(s) (collectively the “Parties”) may be subject to the opening of account(s), credit/account review, debt recovery, credit/account monitoring and credit/account evaluation;
  • MACP may disclose any information on the Parties’ conduct of their accounts with MACP, to any business entity/ies for bona fide trade checking at any time. The Parties are also aware and understand that such information will be provided to a credit reporting agency/ies, who may in turn share such information to subscribers of their service;
  • where MACP require any processing of your information by any processing centre located outside Malaysia, the Parties hereby give consent to the credit reporting agency/ies to disclose their credit reports to such locations outside Malaysia.

For further information, please refer to the Credit Reporting Notice section below.

4. Pendedahan kepada Pihak Ketiga / Disclosure to Third Parties

Kecuali yang tersebut di dalam perkara 3.3 di atas, jika MACP mendedahkan maklumat peribadi anda kepada pihak-pihak ketiga, MACP akan memastikan bahawa mereka bertanggungjawab untuk mematuhi tataamalan dan polisi-polisi MACP berkenaan dengan pengumpulan, pemprosesan, pendedahan dan penyimpanan maklumat peribadi anda.

Save and except mentioned in item 3.3 above, where MACP discloses your personal information to third parties, MACP will ensure that those parties are bound to abide by MACP’s, or equivalent, personal information practices and policies relating to the collection, processing, disclosure and retention of your personal information.

5. Laman Web Lain / Other Websites

Laman web kami mungkin mempunyai pautan (link) kepada laman-laman web lain yang berada di luar kawalan MACP dan tidak wajib mematuhi polisi MACP berkaitan dengan perlindungan data peribadi. Jika anda melayari laman-laman web ini dengan menggunakan pautan (link) yang telah disediakan, operator laman-laman web ini mungkin akan mengumpulkan maklumat anda dan kemudian menggunakan maklumat tersebut mengikut polisi mereka sendiri, yang mungkin berbeza daripada polisi MACP.

Our web site may contain links to other websites which are not within MACP's control and are not bound by MACP's Privacy Policy. If you access other sites using the links provided, the operators of these sites may collect information from you which will be used by them in accordance with their privacy policy, which may differ from ours.

6. Tanggungjawab Kami / Our Legal Obligations

MACP menggunakan maklumat peribadi yang telah dikumpulkan untuk memenuhi tanggungjawab MACP di bawah undang-undang dan untuk pemberitahuan kepada pemegang lesen mengenai aktiviti dan perkhidmatan yang disediakan.

MACP uses the personal information that it collects to fulfill its legal obligations and to keep its licensees informed of MACP's activities and services that it provides to its licensees.

Jika anda:

  • ingin membataskan pemprosesan sesuatu aspek daripada maklumat peribadi anda atau orang lain;
  • ingin melaksanakan hak anda untuk melihat dan/atau memperbetulkan maklumat peribadi yang disimpan oleh MACP;
  • mempunyai soalan-soalan atau isu-isu berkenaan maklumat peribadi anda atau mempunyai aduan-aduan berkenaan penggunaan, pendedahan atau transmisi maklumat peribadi anda tanpa kebenaran,

Should you:

  • wish to limit the processing of certain aspects of your and/or another person’s personal information;
  • wish to exercise your right to seek access to and/or to correct your personal information retained by MACP;
  • have any questions or issues regarding your personal information or have any complaints regarding the unauthorised use, disclosure or transmission of your personal information,

sila jangan keberatan untuk menulis kepada Pengurus Besar. Walaubagaimanapun, anda dinasihatkan bahawa di dalam keadaan tertentu, hak-hak anda mungkin terbatas mengikut Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 dan Akta Agensi Pelaporan Kredit 2010.

please feel free to write in to our General Manager. However, please be advised that in certain limited circumstances, your rights may be restricted pursuant to the Personal Data Protection Act 2010 and the Credit Reporting Agencies Act 2010.

7. Hak Anda / Your Rights

Anda mempunyai hak untuk melihat maklumat peribadi yang disimpan oleh MACP mengenai anda. Jika anda ingin mendapat salinan maklumat peribadi yang disimpan oleh kami, sila email ke general@macp.com.my, telefon nombor 603-62078638 atau tulis kepada kami di Music Authors' Copyright Protection (MACP) Berhad, Unit 8, Level U2, Block D4, (D4-2-8), Solaris Dutamas, No. 1 Jalan Dutamas 1, 50480 Kuala Lumpur. MACP akan memproseskan permintaan anda di dalam tempoh masa yang munasabah, dan jika MACP tidak dapat memenuhi permintaan anda sepenuhnya, MACP akan memberitahu anda secara am maklumat yang disimpan oleh kami.

You have a right to access the personal data held by MACP about you. To obtain a copy of the personal information we hold about you, please email general@macp.com.my, call 603-62078638 or write to us at Music Authors’ Copyright Protection (MACP) Berhad, Unit 8, Level U2, Block D4, (D4-2-8), Solaris Dutamas, No. 1 Jalan Dutamas 1, 50480 Kuala Lumpur. MACP will process your request within a reasonable time and, in the event the request cannot be granted in full, MACP will inform you of the information it keeps about you in general.

8. Perubahan kepada Policy / Changes to our Policy

MACP mungkin akan mengubah polisi ini dari masa ke semasa. Jika perubahan ini berlaku, MACP akan mengemukakan Polisi yang telah diubah di dalam laman web MACP.

MACP may revise this policy from time to time. In the event of such revision being effected, MACP will post a revised Policy in MACP's website.

 
Agensi Pelaporan Kredit /
Credit Reporting Agency
Pendaftar Agensi Pelaporan Kredit /
Registrar for Credit Reporting Agency
   
CTOS Data Systems Sdn Bhd (247651-H)
Unit A-9-6, 9th Floor, Megan Avenue 1,
No. 189, Jalan Tun Razak,
50400 Kuala Lumpur.

Tel : 03-2722 8833
Fax : 03-2722 8822
Web : www.ctos.com.my
Registrar Office of the Credit Reporting Agencies
Level 2, Treasury 2, Ministry of Finance Complex
No. 5 Persiaran Perdana Presint 2
62592 WP Putrajaya

Tel : 03-8890 6560
Web : www.treasury.gov.my