Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) melalui Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) telah mengadakan Majlis Penyerahan Cek Royalti (MACP) bagi karya-karya Allahyarham Tan Sri P. Ramlee kepada kesemua 8 pewaris Allahyarham Nasir P Ramlee pada 10 Ogos 2010 bertempat di Hotel Le Meridien.
Majlis ini telah disempurnakan oleh Y. B. Dato’ Ismail Sabri Bin Yaakob, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan. MACP diwakili oleh Pn Habsah Hassan, Pengerusi dan ahli-ahli Lembaga Pengarahnya serta ahli-ahlinya.