Notis Tentang Pendahuluan Royalti & Geran Music Development Fund
Seperti yang dimaklumkan oleh Pengerusi, Pn. Habsah Hassan kepada para hadirin di Mesyuarat Agung Tahunan pada 16 Jun 2017, MACP sedang menghadapi masa yang mencabar sejak arahan Kerajaan untuk menubuhkan satu badan pelesenan untuk mengendalikan fungsi pengutipan royalti bagi empat badan pelesenan yang telah sedia ada (MACP, PPM, PRISM dan RPM) di Malaysia.
Badan pelesenan baru tersebut yang dinamakan Music Rights Malaysia (MRM) Berhad, telah diisytiharkan sebagai sebuah badan pelesenan pada 1 Ogos 2017. Walaupun lesen tersebut membenarkan MRM untuk mengutip secara retrospektif bermula 1 Januari 2017, namun kami tidak menjangkakan bahawa MRM dapat mengutip royalti tahun 2017 sepenuhnya, sebelum akhir tahun ini.
Oleh yang demikian, dengan penuh rendah hati kami mengumumkan bahawa MACP tidak akan memberikan sebarang pendahuluan royalti atau geran di bawah Music Development Fund (MDF) buat masa kini sehingga notis selanjutnya.