Kebanyakan negara di dunia sedang melalui satu krisis pada skala yang belum pernah terjadi sebelumnya melalui COVID 19. Malaysia tidak terkecuali. Setiap sektor ekonomi amat terkesan oleh wabak ini, mengakibatkan hilang punca pendapatan, pengangguran dan penamatan perniagaan. Keadaan yang sukar untuk semua orang.
MACP juga, menghadapi cabarannya tersendiri.
Ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), operasi kami telah tergendala. Ini telah memberikan kesan kepada proses dokumentasi dan pengagihan royalti.
Akibatnya, pengagihan royalti kepada para ahli MACP dijangkakan akan berlaku pada awal bulan Oktober 2020.
MACP berusaha dengan gigih untuk mengurangkan beban di luar jangkaan ini, termasuk:
1) pengagihan royalti digital pada akhir bulan Mac tahun ini;
2) bekerjasama dengan pihak Kerajaan untuk mendapatkan bantuan kewangan untuk ahli; dan
3) memberikan ahli sumbangan Covid19 syarikat MACP pada bulan Mei yang lalu.
Sebagai inisiatif seterusnya, MACP telah membuka untuk permohonan royalti interim (pendahuluan), terutamanya bagi ahli yang pertama kali memohon. Sila email kami di general@macp.com.my sebelum 16 Ogos 2020. Tertakluk kepada terma dan syarat.
Bagi pihak Lembaga Pengarah dan semua di MACP, semoga anda sentiasa berjaga dan teruskan berkarya. Masa depan yang cerah pasti akan datang dengan izinNya.
Jika terdapat sebarang kemusykilan, anda dijemput untuk menghubungi kami.
Yang benar,
Justin Johari
Pemangku Pengurus Besar