December 30, 2021
Tahniah Kepada Semua Pemenang | Anugerah MACP 2021
MACP
Kuala Lumpur: MACP meraikan karya – karya ahlinya dengan penganjuran Anugerah MACP 2021 yang berlangsung dengan jayanya baru – baru ini. Anugerah MACP yang kebiasaannya dianjurkan setiap tahun terpaksa ditangguhkan pada tahun lepas ekoran penularan wabak COVID-19 dan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) sejak Mac 2020. Majlis ini telah berlangsung di The Bee, Publika pada 28 Disember 2021, Selasa dengan berskala kecil berbanding dengan sambutan anugerah pada tahun sebelumnya dengan pematuhan arahan yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa.
Anugerah MACP 2021 kali ini mengangkat rapper, penyanyi dan komposer muda, Muhammad Raziq Rosli atau Zynakal sebagai penerima Anugerah Komposer Muda Berpotensi. Dilahirkan pada 19 Disember 1998, anak kelahiran Bayan Lepas, Pulau Pinang ini memulakan kerjayanya sebagai anak seni dengan penulisan untuk beberapa penyanyi popular tanah air antaranya Sabar – Ismail Izzani dan Selamat Tinggal Sayang – Haqiem Rusli. Anak saudara kepada penyanyi serta vokalis kumpulan Slam, Zamani telah menggunakan nama Zynakal sejak di bangku sekolah lagi. Kolaborasi beliau bersama Yonnyboii pada tahun 2019 melalui lagu Sakit telah meraih lebih 46 juta tontonan di Youtube.
Anugerah MACP turut meraikan pemenang dari pelbagai kategori iaitu Lagu Melayu Dendangan Terbanyak, Lagu Cina Dendangan Terbanyak, Lagu Inggeris Dendangan Terbanyak, Lagu Tamil Dendangan Terbanyak, Lagu Luar Negara Dendangan Terbanyak, Lagu Pendapatan Luar Negara Tertinggi, Penerbit Tempatan Dengan Pendapatan Tertinggi, Penerbit Dengan Pendapatan Tertinggi dan Pencipta Dengan Pendapatan Tertinggi.
“MACP sentiasa komited untuk terus menjaga kepercayaan yang diberikan oleh para ahli. Anugerah MACP ini diadakan sebagai pengiktirafan serta memberi semangat dan dorongan kepada penulis lirik dan komposer tanah air untuk berkarya tanpa putus asa. Jadikan anugerah ini sebagai batu loncatan untuk semua ahli pencipta demi menghasilkan banyak karya bermutu tinggi sejajar dengan kehendak pasaran kini.” ujar Dato’ M. Nasir, Pengerusi MACP Berhad.
Cik Mary Yap – Pengurus Besar MACP Berhad berkata “Setiap tahun anugerah ini diadakan demi meraikan karya – karya ahli kami. Walaupun anugerah pada tahun ini diadakan dalam skala yang kecil dan hanya melibatkan calon – calon pemenang dan pengurusan tertinggi, MACP berharap dapat mengubati kerinduan kami meraikan ahli – ahli yang sentiasa kami nantikan dimana kebiasaannya MACP akan menjemput kesemua ahli bagi menjayakan majlis yang gilang gemilang ini. Akan tetapi, kami akur dengan keadaan sekarang yang memaksa kami untuk mengambil kira keselamatan awam untuk mengelakkan penularan wabak COVID-19.
Pihak MACP Berhad mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang menjayakan anugerah tahunan ini. Sokongan berterusan ahli serta penggiat seni akan sentiasa menjadi pembakar semangat serta dorongan untuk terus menjaga dan membela hak pencipta muzik di Malaysia.
Berikut merupakan senarai calon – calon dan pemenang bagi setiap kategori yang dipertandingkan:
1. Lagu Melayu Dendangan Terbanyak
Lagu: Sumpah
Komposer: Omar K & Naim Daniel
Penulis Lirik: Naim Daniel
2. Lagu Cina Dendangan Terbanyak
Lagu: Drama Queen
Komposer: Quasimodo
Penulis Lirik: Ka Xi
3. Lagu Inggeris Dendangan Terbanyak
Lagu: I Am Me
Komposer & Penulis Lirik: Edry Abdul Halim
4. Lagu Tamil Dendangan Terbanyak
Lagu: Pogiren
Komposer: Prashan Sean
Penulis Lirik: Mugen Rao
5. Lagu Luar Negara Dendangan Terbanyak
Lagu: Wei Da De Miao Xiao
Komposer: Lin Jun Jie
Penulis Lirik: Xiao Han
6. Lagu Pendapatan Luar Negara Tertinggi
Lagu: Piao Xiang Bi Fang
Komposer & Penulis Lirik: Huang Ming Zhi (Namewee)
7. Penerbit Tempatan Dengan Pendapatan Tertinggi
Luncai Emas Sdn Bhd
8. Penerbit Dengan Pendapatan Tertinggi
Universal Music Publishing Sdn Bhd
9. Pencipta Dengan Pendapatan Tertinggi
Huang Ming Zhi (Namewee)
10. Komposer Muda Berpotensi
Zynakal