MACP Berhad bersimpati dengan musibah yang melanda negara akibat banjir hujung tahun 2021. Ramai yang terkesan akibat tragedi ini termasuk ahli kami sendiri. Oleh itu, dengan semangat #KitaJagaKita dan ingin meringankan sedikit beban yang dipikul oleh ahli kami akibat tragedi ini, MACP Berhad ingin menyalurkan bantuan kewangan sebanyak RM1000 untuk setiap ahli yang terjejas akibat tragedi banjir lalu. Diharap dengan bantuan ini, dapat mengukir sedikit senyuman ahli kami untuk terus bangkit dari musibah ini.
Terma dan Syarat
1. Mangsa adalah ahli MACP
2. Kediaman sendiri
3. Lampiran laporan polis
4. Bukti kejadian (gambar)
Semua permohonan perlu diemelkan ke general@macp.com.my.
Jika anda mempunyai sebarang permasalahan dan pertanyaan lanjut berkenaan bantuan ini, sila hubungi kami melalui rangkaian media sosial kami – Facebook dan Instagram atau hubungi bahagian Keahlian dan Perhubungan Awam di talian 603 6207 8638 atau emelkan membership@macp.com.my.