Penulis lirik terkenal dan bekas wartawan hiburan, Allayarham Rudy Imran Shamsudin atau Iman Imran telah kembali ke rahmatullah pada pagi semalam di kediamannya di Semenyih akibat kanser.
Telah menjadi ahli MACP sejak 2008, antara karya popular beliau adalah Hey Kau nyanyian Allahyarhamah Sandra, Demi Cinta nyanyian Ezad Lazim, Nyawa dan Raga nyanyian Sarah Suhairi serta Di Pintu Syurga nyanyian Dayang Nurfaizah.
Lagu nukilan lirik olehnya dan ciptaan lagu oleh Natasyah, Lelaki Teragung nyanyian Dayang Nurfaizah telah mengukir kenangan manis buatnya apabila lagu tersebut diangkat sebagai Juara Lagu di Anugerah Juara Lagu ke-31 menewaskan 11 lagu lain yang turut bertanding pada malam berprestij tersebut.
Pemergian beliau ibarat hilang sebutir bintang dalam industri penulisan lirik tempatan termasuk dunia kewartawanan hiburan di Malaysia. Senang disapa oleh rakan rakan media yang lain malah artis artis tempatan, beliau juga merupakan seorang wartawan yang sentiasa menyokong usaha para artis tempatan mempromosi lagu mereka dengan hasil penulisan di akhbar tempatan sepanjang karier beliau sebagai wartawan hiburan.
Kami, keluarga besar MACP turut bersimpati dan menzahir ucapan takziah kepada keluarga arwah serta sentiasa mendoakan agar roh arwah ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.
Al Fatihah.
#SalamTakziah #MACP