November 15, 2021
Sekalung Tahniah: Datuk Hajah Habsah Hassan
MACP
Detik gemilang Kak Chah
Sumber dari: Farihad Shalla Mahmud, Berita Harian
13 November 2021
KUALA LUMPUR: Portfolio cemerlang dalam dunia penulisan melayakkan Datuk Habsah Hassan diangkat sebagai penerima trofi Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-34 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC KL) di sini, malam tadi.
Pengiktirafan itu dibuat bagi menghargai bakat serta sumbangannya dalam membantu memartabat serta mewarnai industri muzik menerusi lebih 1,000 lirik lagu ciptaannya termasuk lagu yg malar segar hingga sekarang.
Habsah, 72, menerima trofi daripada Pengarah Urusan Kumpulan Media Prima Berhad (MPB), Rafiq Razali; Pengurus Besar, Pemasaran, Komunikasi dan Sokongan Jualan, The New Straits Times Press (NSTP) merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengelola ABPBH 34, Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzaman.
“Jauh di sudut hati, saya begitu terharu dan rasa diri ini dihormati dan dihargai BH yang juga akhbar paling lama saya ikuti iaitu sejak di bangku sekolah rendah lagi.
“Saya pernah menulis di ruangan surat pembaca akhbar ini suatu ketika dahulu. Jadi, apabila penghargaan ini datang dari akhbar BH, bagi saya, ini adalah suatu anugerah yang cukup bermakna.
“Pemilihan saya sebagai penerima anugerah yang bukan dalam kalangan orang yang berada di depan pentas saya anggap sebagai pembakar semangat untuk terus berkarya.
“Tak pernah terbayang dalam fikiran saya akan diberi penghargaan sebegini kerana selama ini, kita lihat hanya golongan yang glamor sahaja yang diberi trofi ini.
“Terima kasih BH atas anugerah ini. Saya tetap berdoa semoga BH akan terus hidup sampai bila-bila walaupun menghadapi pelbagai cabaran di sekeliling,” katanya kepada BH Online.
Sebagai tanda penghargaan, barisan penyanyi popular dari pelbagai generasi iaitu Jay Jay, Anuar Zain dan Syamel mendendangkan lagu yang liriknya nukilan beliau seperti Cukuplah Sekali, Andainya Takdir dan Salam Terakhir.
Memulakan kerjaya sebagai penulis skrip drama radio sebelum menjadi kakitangan Radio Televisyen Malaysia (RTM), Habsah sehingga kini menghasilkan kira-kira 1,300 lirik lagu.
Menaruh Harapan dan Cinta Beralih adalah antara lirik nukilannya yang mendapat pengiktirafan Lirik Terbaik pada Anugerah Juara Lagu (AJL) lantas menjadi menjadi penulis lirik wanita pertama yang memenangi anugerah itu.
Lirik ciptaan Habsah didendangkan penyanyi popular tanah air seperti Allahyarham Datuk Sudirman Arshad, Allahyarham Datuk Sharifah Aini, Datuk Khadijah Ibrahim, Datuk Jamal Abdillah, Francissca Peter, Fauziah Latiff, Aishah, Anuar Zain, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Erra Fazira.
Selain aktif menulis lirik, Habsah atau lebih mesra dengan panggilan Kak Chah pernah terbabit dalam pembikinan filem seperti Ali Setan (1985) sebagai pengurus produksi.
Menerusi syarikat produksi miliknya iaitu Serangkai Filem Sdn Bhd, beliau menghasilkan beberapa filem seperti Qaisy dan Laila, Hati Bukan Kristal, Soalnya Hati dan Soalnya Siapa?.
Pada 1984, Habsah menjadi penulis tempatan pertama memenangi Anugerah Cakera Emas dari WEA Recording Company (kini Warner Music) kerana menulis paling banyak lirik lagu.