March 22, 2022
Tan Sri P. Ramlee, Lagenda Sepanjang Zaman
MACP
Hari Seniman Negara yang disambut hari ini, 22 Mac bersempena tarikh kelahiran Seniman Agung, Allahyarham Tan Sri P. Ramlee bukan sahaja memperingati jasa dan sumbangan beliau malah menurut Tan Sri Annuar Musa, Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia (K-KOM), sambutan ini diraikan bagi menambah baik kesedaran dan penghayatan masyarakat terhadap peranan seni budaya dalam mewujudkan masyarakat Malaysia yang mempunyai jati diri serta menghormati seni budaya negara tanpa mengira bangsa terutama ke arah penyatuan Keluarga Malaysia.
Rakyat Malaysia perlu mengambil tahu tentang kesedaran terhadap nilai kesenimanan dalam diri Seniman Agung yang hingga kini tiada galang gantinya. Insan hebat ini bukan hanya dikenali sebagai pelakon, allahyarham juga merupakan pengarah, penggubah lagu, penulis lirik serta pemuzik yang sangat hebat dan seorang yang puitis dalam hasil karyanya menjadikan beliau khazanah negara yang sangat berharga dan malar segar.
Penukaran tarikh sambutan Hari Seniman Negara ini memperingati jasa serta sumbangan beliau kepada industri kreatif negara malah mengangkat karya beliau yang bukan sahaja memperkenalkan Malaysia di mata dunia malahan melahirkan ramai tokoh terutamanya tokoh seniman yang lain serta pakar industri kreatif di tanah air kita ini.
Seniman Agung buah hati rakyat Malaysia ini, Allahyarham Tan Sri P. Ramlee atau nama sebenarnya Teuku Zakaria Teuku Nyak Puteh, yang juga merupakan ahli MACP, telah dilahirkan pada 22 Mac 1929 di Georgetown, Pulau Pinang. Dianugerahkan “Seniman Agung Negara” kerana jasanya yang amat besar dalam industri filem, muzik serta hasil karya sasteranya, beliau dikenang sebagai ikon terkemuka dalam industri hiburan Malaysia. Kemasyhuran beliau juga berkembang sehingga ke rantau Asia Tenggara.
Beliau telah berlakon dalam 66 filem antaranya siri filem Bujang Lapok (1957–1961), Tiga Abdul (1964), Laksamana Do Re Mi (1972) dan beliau turut mengarang lebih 250 buah lagu seperti Getaran Jiwa, Aci Aci Buka Pintu, Di Mana Kan Ku Cari Ganti, Jeritan Batinku dan Air Mata di Kuala Lumpur yang merupakan lagu ciptaan terakhir yang dirakamkan beliau sebelum pemergiannya.
Pada tanggal 29 Mei 1973, seniman agung yang ketika itu berumur 44 tahun, telah menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Kuala Lumpur akibat sakit jantung. Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang merupakan lokasi dimana jasad arwah disemadikan. Bagi mengenangkan pelbagai jasa dan sumbangan beliau kepada negara, beliau telah dianugerahkan Bintang Kebesaran Darjah Panglima Setia Mahkota oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 6 Jun 1990 yang membawa gelaran Tan Sri. Selain itu, rumah terakhir beliau di Setapak, Kuala Lumpur telah diubah suai dan dijadikan sebagai Pustaka Peringatan P. Ramlee.
Pulangnya beliau bertemu Yang Masa Esa menghampiri lima dekad dan majoriti daripada kita tidak pernah mengenali figura ini secara peribadi. Namun lambakan karya – karya terbaiknya, kita dapat mengenali diri seniman agung ini. Tanpa memiliki apa apa teknologi moden pada zaman itu, idealogi serta pengetahuan seninya melintasi peradaban masa dimana beliau mampu menggapai kegemilangan. Wajarlah beliau diangkat sebagai ikon sepanjang zaman yang akan terus diingati dan sentiasa menjadi titik rujukan serta sumber inspirasi kepada semua anak – anak seni di Malaysia untuk menempa kejayaan yang telah dikecapi beliau. Jadikanlah Allahyarham Tan Sri P. Ramlee sebagai idola anda untuk terus berkarya demi memartabatkan industri seni kreatif ke persada antarabangsa. Semoga roh beliau ditempatkan dalam kalangan orang – orang yang beriman.
Al-Fatihah buat Allahyarham Tan Sri P. Ramlee.
#HariSenimanNegara #PRamlee #MACPBerhad