Dato’ Sri Siti Nurhaliza, figura yang tidak asing lagi dalam industri muzik tanah air mahupun asia tenggara, telah disenaraikan dalam senarai “Most Awarded Musicians of All-Time” yang dikeluarkan oleh The Artist Museum melalui ciapan mereka di laman Twitter 6 April yang lalu.
Figura yang lebih mesra dengan panggilan Tok Ti dan juga ahli MACP sejak tahun 1997 ini telah berjaya berada di tangga ke-27 dari 100 pengkarya persada muzik antarabanga yang disenaraikan oleh laman twitter tersebut.
Pengiktirafan ini sekaligus meletakkan nama Dato’ Sri Siti Nurhaliza berada sebaris dengan nama-nama besar pemain muzik antarabangsa seperti Micheal Jackson, Beyonce, Lady Gaga, idola Dato’ Sri Siti Nurhaliza sendiri, Celine Dion dan Kumpulan K-POP kegilaan ramai – BTS.
Di atas kejayaan beliau meraih pelbagai anugerah sebanyak lebih dari 300 anugerah tempatan dan antarabangsa, beliau turut disenaraikan dalam Malaysia Book of Records pada tahun 2001 dan masih menyandang rekod tersebut sehingga kini.
Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat kepada semua ahli MACP untuk terus berkarya dan menghasilkan muzik bertaraf bintang ternama di mana mungkin satu hari nanti bakal menempatkan anda sebaris dengan nama – nama besar pengkarya muzik tempatan mahupun antarabangsa.
Sekali lagi, sekalung tahniah Tok Ti di atas pencapaian yang dikecapi sehingga kini.