Terima kasih Majlis Bandaraya Ipoh!

MACP
Satu kunjungan rasmi telah diadakan pada hari ini di Pejabat Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) bersama barisan pengurusan MACP yang diketuai oleh Mary Yap, Pengurus Besar MACP dengan pentadbiran Majlis Bandaraya Ipoh dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Bandaraya Ipoh – Tuan Ahmad Munir Bin Ishak. Pihak MACP turut berbesar hati kerana diberi kesempatan untuk bertemu Datuk Bandar Ipoh, Dato’ Rumaizi Bin Baharin @ Md Daud semasa kunjungan rasmi ke Ipoh tadi.

Pertemuan ini membincangkan tentang pelesenan untuk hak penyampaian awam bagi penggunaan karya muzik melalui Radio TV Bandaraya Ipoh serta hak persembahan awam bagi acara kelolaan Majlis Bandaraya Ipoh serta premis-premis dan acara di bawah kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Ipoh.

MACP amat berbangga dengan inisiatif oleh pihak Kerajaan negeri Perak merealisasikan Ipoh sebagai bandaraya seni. Kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada Datuk Bandar di atas sokongan dan pengiktirafan yang diberikan kepada hak-hak pencipta karya.

Kami sentiasa mengalu-alukan mana-mana pihak berkuasa tempatan (PBT) yang lain untuk sama-sama duduk semeja membincangkan tentang kesedaran dan kepentingan pelesenan penggunaan muzik di bawah kawasan pentadbiran mereka.